NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Jelebu sokong Ismail Sabri calon Perdana Menteri


JELEBU:
UMNO Bahagian Jelebu menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 sekiranya BarisanNasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Usul berkenaan diluluskan Mesyuarat UMNO bahagian berkenaan di Kompleks UMNO Jelebu, di sini hari ini.

Ketuanya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan itu senada dengan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebelum itu sudah membuat ketetapan mengenai perkara berkenaan.

"Keputusan memilih Datuk Seri Ismail Sabri adalah kesinambungan daripada apa yang diputuskan dalam mesyuarat MKT yang sudah membuat keputusan sebelum ini.

"Ini keputusan parti yang kemudian disambut oleh akar umbi dalam kita membuat satu kemuafakatan demi kebaikan UMNO bagi menghadapi PRU kali ini," katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Jelebu.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO bahagian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali dan Naib Ketua bahagian yang juga ADUN Pertang, Azmi Yusof.

Jalaluddin berkata, pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak perlu dipersoalkan kerana yang penting keputusan parti perlu diterjemaahkan menjadi kenyataan.

Katanya, setakat ini keputusan mencalonkan Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Ke-10 adalah muktamad dan ia disokong oleh UMNO Bahagian Jelebu.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin yang juga Ahli MKT dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan kesediaannya menggalas sekali lagi tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Jelebu jika dipilih sebagai mempertahankan kerusi berkenaan.

"Saya menawarkan diri menjadi calon BN di Parlimen Jelebu kerana sudah diberi kepercayaan oleh parti pada PRU14 lalu. Jika mendapat kepercayaan sekali lagi, saya akan meneruskan khidmat untuk masyarakat di Jelebu bagi tempoh lima tahun akan datang," katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo