NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO dikuatiri khianati KJ jika dicalon di Kuala Pilah kata Hasan Malek


PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Hasan Malek, memberi ingatan supaya Khairy Jamaluddin tidak dikhianati sekiranya tercalon bertanding di kawasan itu, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bekas menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu, berkata sekarang bukan masa mempertikaikan soal calon kerana kepentingan adalah usaha memastikan kemenangan berpihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Jangan lagi buat macam dulu. Saya pada PRU14 kalah tipis pun bukan kerana pihak lawan, tapi kerana orang-orang Umno sendiri yang mengkhianati dan marah kerana saya sudah beberapa penggal bertanding,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, PRU15 adalah pilihan raya paling penting buat Umno selepas tewas pada PRU14 dan sepatutnya tiada lagi isu yang boleh merugikan parti.

“Pengalaman PRU14 lalu sepatutnya mengajar kita dan perbetulkan kesilapan dilakukan dengan mengembalikan semangat setia kepada parti.

“Jadi, sepatutnya tiada isu kalau KJ bertanding selagi dia orang Umno kita kena sokong. Kalau tak puas hati suarakan dalam mesyuarat bahagian, ini semuanya berebut nak jadi calon. Bila tak dipilih, nanti protes,” katanya.

Pada PRU14, Hasan tumpas kepada Eddin Syazlee Shith dari Bersatu dengan majoriti 200 undi.

Media sebelum ini melaporkan Khairy mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya pada PRU15 selepas dikatakan perlu memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Khairy kemudiannya berkata, beliau bersikap terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen. Sebelum ini, beberapa kerusi Parlimen di Negeri Sembilan disebut-sebut akan ditandinginya antaranya Parlimen Tampin, Kuala Pilah dan Port Dickson.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo