SEREMBAN - Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sombong apabila menolak untuk bekerjasama dengan gerakan itu.
Menurutnya, kesediaan gerakan itu untuk bekerjasama dengan kedua-dua gabungan itu bagi memastikan orang Melayu bersatu sekali gus mencapai kemenangan.
"Ramai kata kalau mahu mencapai kejayaan orang Melayu perlu bersatu padu dengan parti Melayu lain dan GTA berusahalah untuk mewujudkan satu pasukan.
"Tapi mereka bergitu sombong sekali menolak untuk bersatu dengan GTA. Mereka tolak kita, kita tak tolak mereka dengan keyakinan mereka boleh berdiri sendiri," katanya ketika berucap pada Himpunan Gerakan Tanah Air Negeri Sembilan Bersama Negarawan di sebuah dewan pada Sabtu.
Ujarnya, PN dilaporkan bertanding hampir 222 kawasan untuk mendirikan kerajaan dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.
Tambahnya, PH pula dengan sekali lagi berjuang untuk pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri bukannya untuk memperjuangkan masalah rakyat.
"Saya jadi Perdana Menteri 24 tahun dan setakat ini saya tahu jadi Perdana Menteri tak dapat tidur, banyak kerja, orang telefon tidak berhenti sehingga balik ke rumah pun masih ada orang tunggu nak mengadu masalah mereka.
"Tapi mereka ini cuma nampak menjadi Perdana Menteri akan dapat kuasa, gaji besar, kereta dan kapal terbang. Itulah kehendak mereka," katanya.
Sebelum ini media melaporkan PH dan PN menolak pelawaan Tun Mahathir untuk bekerjasama dengan GTA.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment