NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M akan pertahan Langkawi

PUTRAJAYA: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri berusia 97 tahun itu berkata bagaimanapun GTA tidak menetapkan calon perdana menteri jika memenangi PRU15.

"Kita juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Dr Mahathir Mohamad.

"Tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri. Calon sebagai wakil rakyat saja," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, GTA membuat keputusan untuk tidak menamakan calon bakal Perdana Menteri ketika ini kerana ia hanya akan relevan jika gerakan itu menang pada PRU-15.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo