KOTA BHARU: Kajian yang dibuat pelbagai pihak di media sosial (medsos) berdasar situasi yang berlaku sekarang menggambarkan anak muda menolak Umno dan BN.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 juga kerana penolakan golongan itu terhadap Umno dan BN.
Katanya, pada PRU-15 Umno dan BN dikatakan bakal menghadapi situasi yang hampir sama seperti berlaku pada PRU14.
“Saya tidak membuat kajian secara peribadi berhubung perkara ini (anak muda tolak Umno/BN) tetapi dari pengamatan saya dan kajian di medsos majoriti anak muda tidak menyokong Umno, itu pengamatan saya.
“Cuma isunya sekarang kalau anak muda menolak Umno BN, mereka nak kepada siapa. Itu isu yang kita tak boleh kita jawab.
“Ada kemungkinan dia sokong PN ada kemungkinan juga dia sokong PH,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Untuk itu, katanya jentera parti perlu mendapatkan gambaran jelas apa yang anak muda perlukan demi untuk membantu dan menarik mereka bersama PAS dan PN.
“Kalu kita kata BN tidak baik, kita kena buktikan perkara itu apa yang tidak baiknya. Hak kita nak bawa ini lebih baik dari BN dan PH. Cabaran kita untuk meyakinkan anak muda antaranya isu calon,” ujarnya.
Tambahnya, bukan mudah untuk mencari calon yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. – HARAKAHDAILY 23/10/2022
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment