NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak PH, jauhi ideologi Komunis dalam negara


DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda bersama-sama PAS dalam gabungan Perikatan Nasional yang turut melibatkan parti majmuk pelbagai kaum yang sederhana dan tidak ekstrem bagi membina negara Malaysia Sejahtera.

Pengalaman ngeri 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan mesti diingati dan dipastikan tidak akan berulang setelah menyaksikan sering muncul isu perkauman sehingga ada penduduk bukan-Islam berani mempertikaikan mengenai agama Islam, orang Melayu dan raja-raja.

Malah beberapa peristiwa dilihat seolah-olah ada usaha menyuburkan kembali fahaman komunisme yang menolak kepercayaan kepada Tuhan. Adakah kita ingin membiarkan masa depan anak cucu bangsa kita diserap ideologi pengganas Komunis secara terang-terangan atau tersembunyi tanpa sedar? 

Komunis tidak membawa bala tentera seperti negara Barat yang menjajah, tetapi fahaman mereka menjajah pemikiran rakyat pelbagai kaum untuk direkrut sebagai bala tentera mereka yang sudah tentu besar bahayanya kerana fahaman komunisme itu membunuh aqidah secara ekstrem.

Justeru, DPPN Perak dengan tegas dan istiqamah untuk terus mempertahan kemakmuran negara serta akan terus menolak PH, agar dapat menjauhi ideologi Komunis dihidupkan kembali dalam negara.

“Pemuda Generasi Sejahtera”
“Demi Ummah”

Sekian, terima kasih

ZULFAHMI RAMLI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 23/10/2022


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo