NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TMJ pesan rakyat Johor jaga tingkah laku


PETALING JAYA:
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan semua rakyat negeri itu supaya menjaga tingkah laku.

“Ingin saya mengingatkan kepada semua Bangsa Johor agar sentiasa jaga tingkah laku dan bertanggungjawab dalam apa jua perkara anda lakukan.

“Semoga negeri Johor dan seluruh bangsa Johor sentiasa diberkati dan dipelihara Allah SWT. Muafakat itu berkat. Allah peliharakan Sultan,” tulisnya di Facebook.

Pesanan itu dikeluarkan susulan kekecohan dikaitkan acara dianjurkan sebuah parti politik dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Muar minggu lalu dan semalam.

Dalam kejadian semalam, sekumpulan lelaki berpelitup muka dan memakai “hoodie” dipercayai mengganggu program pelancaran jentera pilihan raya Muda.

Mereka didakwa membuat provokasi dengan membaling botol, menolak sukarelawan, membaling mercun selain menendang dan merosakkan kenderaan tetamu yang hadir.

Insiden itu adalah yang kedua membabitkan Muda dalam tempoh seminggu.

Pada 17 Okt lalu, gangguan tercetus ketika giliran Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapannya dalam ceramah mega Pakatan Harapan (PH).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo