NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada Tokoh Besar PH di Kelantan? Atau Mereka disingkir?


Ketiadaan nama besar dari kalangan calon Pakatan Harapan (PH) bertanding di Kelantan boleh membawa kepada dua persepsi, kata pemerhati politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Azmi Hassan.

Jelasnya, calon PH di Kelantan dan Terengganu biasanya terdiri daripada wakil PKR dan parti Amanah memandangkan dua negeri berkenaan adalah dominan Melayu.

"Dua persepsi, pertama apakah Amanah telah mengetepikan calon-calon nama besar seperti Husam Musa, ataupun mereka memang tak ada nama besar seperti yang telah bertanding sebelum ini tapi tewas, itu satu persepsi.

"Satu lagi persepsi mereka mahukan muka baru kerana mereka tahu begitu sukar untuk menembusi kubu PAS di Kelantan. Di Terengganu juga mungkin sama, sebab itu mereka mahu menggunakan nama-nama yang belum diuji lagi.

"Lagi pun nama-nama besar ini terkait dengan PAS dan kalau seseorang itu terkait dengan parti PAS, maka hukuman daripada pengundi PAS dan penyokong PAS begitu kuat sekali," katanya.

Antara pemimpin PH yang merupakan nama besar di Kelantan seperti Husam yang pernah menjadi exco kanan kerajaan PAS Kelantan di bawah pentadbiran Allahyarham Nik Aziz Nik Mat.

Tapi malangnya Hussam Musa disingkirkan kerana banyak perkara yang Husam buat bertentangan dengan selera dan kehendak parti AMANAH.

Selain itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub antara yang pernah bertanding di Kelantan atas tiket PAS.

Khalid Samad

Soal kepimpinan nasional

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berpendapat ketiadaan nama besar tidak menghalang peluang PH untuk mencipta kemenangan di Kelantan.

“Insya-Allah masih berpeluang di Kelantan kerana rakyat memahami ia persaingan antara pentadbiran yang baik dan yang korup di peringkat nasional.

"Soal personaliti yang ditampilkan adalah soalan kedua dalam konteks Kelantan kerana ianya persoalan kepimpinan nasional," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo