NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada kejadian culik pelajar sekolah di Telupid

Polis menafikan berlaku kejadian cubaan culik seperti tular melalui pesanan audio menerusi aplikasi WhatsApp sejak 28 September lalu.

SANDAKAN: Polis menafikan berlaku kejadian cubaan culik seperti tular melalui pesanan audio menerusi aplikasi WhatsApp sejak 28 September lalu.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, pihaknya mengesan satu kiriman suara berkaitan cubaan culik kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid berkenaan.
Menurutnya, setakat ini polis mengesahkan tidak ada menerima sebarang laporan berkaitan kejadian.
"Semakan sudah dibuat dengan pihak sekolah dan pihak sekolah sudah memanggil pelajar dimaksudkan. Namun, didapati tiada perkara berlaku seperti dalam mesej suara tular berkenaan.
"Dalam pada itu, semakan polis mendapati, pemilik suara yang tular merupakan ibu kepada pelajar berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
Menurutnya, ibu pelajar itu dilaporkan tanpa usul periksa membuat pesanan di dalam ‘kumpulan whatsapp’ keluarga.
"Namun pesanan itu telah tular tanpa disedari. Oleh itu, polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sebelum berkongsi atau memuat naik sebarang berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat," katanya.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo