IPOH: "Kita akan lihat kerajaan (Pakatan Harapan) dalam (tempoh) lima tahun (mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15).
"Kalau baik, sambung tugas kita lagi lima tahun, kalau tak buat (baik) tendanglah kita ke Laut China Selatan," kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu ketika berucap pada Konvensyen PH Nasional di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini, malam tadi.
Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, perkara yang disebutnya itu adalah sekiranya PH diberikan mandat oleh rakyat menawan semula Putrajaya pada PRU-15 kali ini.
"Ia susulan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti sudah berkuat kuasa.
"Ketika jadi Menteri Pertahanan dulu, saya menyaksikan sendiri mereka (anggota tentera) bertugas tak kira siang atau malam demi keselamatan negara.
"Tiba-tiba sekarang ada pula isu mengenai kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya secara berseloroh membayangkan mahu sekali lagi menggalas peranan sebagai Menteri Pertahanan jika PH sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat.
Yang turut hadir, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Sementara itu, Saifuddin berkata, pengumuman Anwar sebagai calon Perdana Menteri dipersetujui oleh jawatankuasa Majlis Presiden PH melalui beberapa siri temu rapat sebelum ini.
"Ia mengambil kira keyakinan terhadap ketokohan Anwar untuk menyelamatkan ekonomi negara," katanya.
Sumber | BH
No comments
Post a Comment