Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
PORT DICKSON: "Saya belajar di Kuala Kangsar tujuh tahun dan saya sambung pula di Kemunting dua tahun.
"Teman ini orang Perak sembilan tahun, jangan tak tahu. Jadi, ia bukan tempat asing bagi saya," demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Dataran Segar di sini, malam tadi.
Anwar berkata demikian ketika menjawab sindiran Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengingatkan Presiden PKR itu adalah calon luar dengan mengaitkannya dari segi penggunaan loghat tempatan di Tambun yang berbeza di tempat lain di luar Perak.
Ia selepas penyandang Parlimen Port Dickson itu mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Anwar berkata, beliau membuat keputusan bertanding di Parlimen Tambun bukannya untuk berdepan dengan Ahmad Faizal, sebaliknya untuk berkhidmat kepada rakyat di situ.
"Saya nak beritahu, Anwar yang diamanahkan menjaga negara dan membuat kerja-kerja antarabangsa masih ada. Saya masih lagi Pengerusi Institut Pemikiran Islam Sedunia, ya... masih lagi.
"Tapi bila saya jadi wakil rakyat, tentunya saya ada tugas khusus, saya tahu tanggungjawab itu," katanya.
Beliau berkata, keputusan berpindah dari Parlimen Port Dickson bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 bertujuan untuk menguatkan parti.
Katanya, kerusi Parlimen Tambun dipilih memandangkan ia kerusi yang dikuasai parti BERSATU (Peja) dan itu bukan 'kerusi' yang selesa tetapi ini cabaran yang perlu saya hadapi.
"Ramai orang tanya kenapa pindah? Sebabnya kita nak tawan tempat lain dan Tambun pula kerusi yang perlu dimenangi, sebagai Presiden parti, saya perlu bersedia.
"Jadi, kita nak cuba tawan di situ pula. Mudah-mudahan jika dapat tawan beberapa kawasan lain, kita akan ada nilai tambah.
"Kalau kita masing-masing selalu pertahankan saja dan tak boleh berkembang ke tempat lain, ia tiada nilai," katanya.
Anwar berkata, tidak kisah persepsi sesetengah pihak yang mengatakan dirinya tidak mendapat sokongan daripada pengundi Port Dickson menyebabkan berpindah ke Tambun.
"Isu ini tidak berbangkit, sebagai Presiden parti saya perlukan cabaran ini. Kalau fikir nak selesa, baik (saya) kekal di sini (Port Dickson," katanya.
Sumber I Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment