Telegram kini dilihat telah mula memaparkan pengiklanan pada Telegram Channels – untuk sejumlah besar saluran di Malaysia, mahupun global.
Melaluinya, sebuah iklan berbentuk mesej dipaparkan pada bahagian mesej terakhir pada sesuatu Telegram Channels. Ia dilabelkan sebagai “ditaja” pada bahagian bawah dalam memperlihatkan ia adalah sebuah iklan.
Menurut Telegram, mereka tidak memantau atau menjejak pengguna – membuatkan iklan disasarkan secara rawak mengikut sesuatu Telegram Channels berkenaan.
Dengan langkah permulaan ini, kita mungkin melihat lebih banyak jenama mula menggunakan platform Telegram untuk mengiklankan penawaran mereka tidak lama lagi. Sebagai alternatif, bagi anda yang tidak inginkan pengiklanan pada Telegram anda, boleh melanggan pelan Telegram Premium berharga RM13.90 sebulan yang turut hadir dengan beberapa ciri tambahan.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment