NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Taufan Roslyn dijangka badai pantai pasifik di Mexico

Imej satelit menunjukkan ribut tropika Roslyn menghampiri pantai Pasifik di Mexico. - AP

MEXICO CITY: Ribut tropika Roslyn yang dikategorikan sebagai taufan Kategori 2 dijangka membadai luar pantai Pasifik di Mexico dengan kekuatan menghampiri taufan penuh.

Pusat Taufan Nasional (NHC) Amerika Syarikat (AS) berkata pada jam 6 petang waktu tempatan, ribut terbabit direkod pada kedudukan 280 kilometer di barat daya bandar pelabuhan Manzanillo.

Ia membawa angin berkelajuan maksimum 175 kilometer sejam (km/j) dan bergerak ke barat laut pada kelajuan 11 km/j. 

NHC memaklumkan, Roslyn berkembang pesat menjadi taufan Kategori 2 sekali gus memberi amaran ia dijangka menjadi lebih kuat.

"Roslyn diramalkan berada hampir dengan kekuatan taufan utama apabila ia melintas dan membadai di sepanjang pantai barat-tengah Mexico lewat Sabtu dan Ahad ini, disertai angin kencang dan gelombang ribut yang berpotensi berbahaya.

"Hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat dan kemungkinan tanah runtuh ​​di kawasan pantai barat daya dan barat-tengah Mexico," katanya. 

Pihak berkuasa mengisytiharkan amaran pencegahan di negeri pantai Pasifik seperti Jalisco, Colima, Nayarit dan Sinaloa. 

Siklon tropika melanda Mexico setiap tahun di kedua-dua pantai Pasifik dan Atlantik, biasanya antara Mei dan November.

Pada Oktober 1997, taufan Pauline melanda pantai Pasifik di Mexico sebagai ribut Kategori 4, menyebabkan lebih 200 maut. AGENSI



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo