NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanding di Tambun perangkap buat Anwar


IPOH:
Pemuda Barisan Nasional (BN) Tambun menyifatkan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh menamatkan karier politik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Ketuanya, Faridzul Azlan percaya bertanding di Tambun merupakan satu perangkap untuk menamatkan karier politik Anwar dan tidak gentar berdepan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu.

Beliau berkata, Pemuda BN Tambun sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja dan dari parti manapun yang berhasrat untuk menentang BN di semua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen itu  termasuk kerusi DUN Manjoi dan DUN Hulu Kinta.

“Tiada istilah mengalah sebelum bertempur dalam kamus perjuangan Pemuda BN Tambun. Kami akan tetap meneruskan perjuangan untuk berbakti kepada rakyat khususnya di Tambun. 

“Kami yakin pengundi di Tambun bijaksana dalam menilai calon yang layak untuk mewakili mereka dan pastinya mereka akan memilih calon BN yang benar-benar akan dapat menjamin kesejahteraan dan kemakmuran buat mereka semua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Faridzul yang juga Exco Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Tambun mengajak seluruh pengundi di Tambun untuk menolak calon lompat kawasan seperti Anwar.

Menurutnya, Anwar bukan hanya tidak setia pada rakyat yang diwakilinya, malah hanya bertanding demi kepentingan politik peribadi, bukannya untuk berbakti kepada rakyat. 

“Dalam masa yang sama, kami berpendapat bahawa rencana meletakkan Anwar sebagai calon di Parlimen Tambun merupakan satu perangkap untuk menguburkan riwayat politik Anwar.

“Segala gerak kerja yang telah diterjemahkan oleh Pemuda BN Tambun akan memenangkan calon-calon BN di Tambun. BN Tambun pasti akan #bangkitkembali,” katanya. – UTUSAN



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo