NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanding Bukit Gantang? Idris kata tunggu ‘hari kejadian’


SHAH ALAM:
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad masih berteka-teki sama ada beliau akan bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Tunggu hari kejadian (penamaan calon),” katanya selepas menghadiri Program Multaqa Murabbi Ummah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan bahawa Bersatu dijangka meletakkan calon di kerusi Parlimen itu pada PRU15.

Idris memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada 2013 dengan majoriti 986 undi, tetapi pada PRU14, calon Barisan Nasional, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menawan kerusi itu dengan 22,450 undi, menewaskan calon PKR, Khadri Khalid (18,361) dan Idris (16,052).

Syed Abu Hussin kemudian meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas sebelum menyertai Bersatu.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, PAS sudah selesai memuktamadkan pembahagian kerusi.

“Telah lengkap, tapi tak boleh beritahu dekat awak (pemberita),” katanya berseloroh.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut menghadiri program sama.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU15, Amirudin berkata: “Tunggu hari kejadian.”

Amirudin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Tua sejak 2008.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo