NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syarat untuk PH terima Muda



PEMBUBARAN
Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyebabkan kesemua parti kini mula bersiap sedia dari segi strategi, pembahagian kerusi dan calon untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tidak terkecuali Pakatan Harapan (PH) yang mengumumkan bersetuju membentuk kerjasama politik dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

1. Parti Muda sebenarnya mahu bekerjasama dengan siapa?

Parti Muda harus menyatakan dengan siapa mereka ingin bekerjasama dalam PRU. Parti Muda juga menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti Warisan. Hal ini diketahui umum bahawa Parti Warisan bukan lagi dari jalur PH. Parti Muda juga harus menyatakan pendirian rasmi secara terus-terang bahawa mereka bukan pendokong Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuai oleh Tun Mahathir.

2. Parti Muda harus lebih memahami politik dan berorganisasi dengan baik

Sebuah parti politik yang baik bukan sahaja menyatakan ideologi mereka semata mata malahan perlu menjaga tatasusila semasa berorganisasi. Tatasusila berorganisasi penting supaya setiap pekara perlulah dijelaskan bersama-sama melalui rundingan di peringkat tertinggi kepada akar umbi. Contohnya, semasa PRN Johor dan Melaka, tular gambar berbentuk provokasi disiarkan oleh pimpinan tertinggi parti Muda yang menunjukkan PH dan KEADILAN terlibat dengan rasuah. Hal yang seperti ini perlu diambil kira oleh MUDA jika ingin bergabung dalam PH. Pimpinan MUDA perlulah menjaga sensitiviti parti-parti lain dalam PH bukanya bersikap oportunis.



3. Majlis Presiden PH perlu meneliti berdasarkan data dan bukan sentimen

Sebelum PRU ke14, PH menerima PPBM (Bersatu) bersama dalam gabungan PH manakala Parti Warisan pula hanya berkoloborasi dengan PH di pilihan raya sahaja atau dipanggil PH Plus. Kedua-dua gabungan ini sememangnya berjaya dalam PRU 14 tetapi akhirnya Warisan meninggalkan mereka PH. Hal seperti ini perlu diteliti agar setiap parti yang ingin bergabung dengan PH bukan parti yang hanya untuk memenangi pilihan raya tetapi mempunyai esprit de corps sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Kedua-dua parti ini adalah parti baru ditubuhkan demi kelangsungan politik beberapa individu tertentu sahaja. Ideologi dan prinsip mereka hanyalah untuk menumbangkan lawan politik mereka sahaja. Oleh itu, selepas menang PRU mereka mudah untuk menarik sokongan kerana ketidakpastian prinsip sebenar mereka menubuhkan parti baru.

4. Majlis Presiden perlu menumpukan undi orang muda bukan parti yang berasaskan orang muda

Data menunjukkan orang muda yang tidak keluar mengundi semasa di PRN Johor dan Melaka menyebabkan PH kalah teruk. PH perlu menggerakkan usaha sayap-sayap pemuda dalam setiap parti ke tahap yang optimum melebihi PRU 14. Pemuda PH perlu diutamakan berbanding dengan menerima Muda sebagai gabungan dalam PH. Walaupun Muda bukanlah parti yang hanya untuk orang muda sahaja tetapi produk yang banyak mereka usahakan ialah lebih kepada orang muda. Jika Muda bergabung dengan PH, makanya suara pemuda PH hanyalah secubit berbanding dengan Muda yang boleh bersuara di dalam Majlis Presiden. Usaha ini juga seperti mengecilkan pimpinan muda di dalam parti yang sedia ada.

5. Membina kekuatan dalaman

PH perlu membina kekuatan dalaman bersama-sama keempat-empat parti yang ada di dalam PH. Selepas perubahan Langkah Sheraton, pelbagai gabungan dan parti politik ditubuhkan. Dalam perubahan inilah, PH perlu membina kekuatan dalaman berdepan dengan rakyat dan lawan bukan menerima atau menumpang kekuatan parti atau gabungan yang lain di negara ini. Kekuatan dalaman juga dibina dengan semangat esprit de corps yang tinggi oleh kesemua sayap-sayap di dalam PH. Khemah besar perlu dinilai sama ada relevan atau tidak dalam politik baru masa ini.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo