NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Perak belum beri sebarang ketetapan berkaitan pembubaran DUN - Saarani

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum memperkenankan lagi permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan serentak dengan Parlimen.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu dititahkan baginda pada sesi sembah menghadap yang berlangsung di Istana Kinta di sini, pada Rabu.

Saarani berkata, Baginda mengambil maklum permohonan yang dinyatakan Saarani menerusi warkah permohonan pembubaran DUN dan Sultan Nazrin akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.


Sumber | Awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo