NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

#SuaraMalaysia: 55 peratus responden tidak teruja hadir ceramah kempen politik

Astro AWANI menjalankan kaji selidik #SuaraMalaysia bertujuan mengkaji, sejauh mana rakyat Malaysia sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pengundi? - Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Anda teruja untuk hadir ceramah kempen politik? Ya? Tidak? Atau tidak tahu?
Setakat jam 6 petang Sabtu, seramai 55 peratus responden menyatakan mereka tidak teruja mengikuti ceramah kempen politik.
Peratusan ini daripada 2,078 keseluruhan responden yang mengikuti kaji selidik dalam soalan yang dikongsikan Astro AWANI dalam pelbagai platform sejak 12 malam tadi.
Keputusan kaji selidik itu juga menunjukkan 38 peratus responden menjawab 'Ya' atau teruja mengikuti ceramah kempen politik.
Tujuh peratus lagi menjawab opsyen 'Tidak Tahu' mengenai ceramah kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15 yang akan berlangsung pada November 2022, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Keputusan kaji selidik bagi soalan - Anda teruja untuk hadir ceramah kempen politik? -Gambar Astro AWANI


Perbincangan yang dilakukan dalam Buletin Astro AWANI disertakan dengan diskusi bersama wakil-wakil politik, penganalisis serta badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Astro AWANI juga menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di semua platform media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Pada esok (Ahad), Astro AWANI akan mengemukakan soalan baharu. Sertai melalui pautan ini undi.astroawani.com
Sumber I Astro Awani 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo