NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR putuskan tarikh PRU15 esok

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat esok untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Pilihan raya itu dijangka diadakan awal bulan depan dan terdapat spekulasi sebelum ini yang mengatakan pengundian akan diadakan pada hari bekerja.

Sekiranya spekulasi itu benar, ia berisiko menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah dan dikatakan akan memberi kelebihan kepada Umno yang berharap memengangi PRU kali ini dan menjadi kerajaan melalui 'pintu depan',

Dalam tempoh singkat 22 bulan pemerintahan PH, impian pengundi untuk sebuah kerajaan baru bertukar menjadi mimpi ngeri akibat perbalahan dan pembelotan.

Diburukkan lagi, jika pengundian tidak diadakan pada hujung minggu, ia juga boleh menghalang orang ramai daripada pulang ke kampung halaman untuk mengundi, terutamanya ketika hujan lebat dan banjir.


Semasa PRU pada 2018, pengundian juga diadakan pada hari bukan hujung minggu tetapi ia hanya mendorong pengundi yang berang terhadap Umno-BN dan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak keluar mengundi.

PH dan sekutunya bekerja keras untuk menghidupkan semula semangat pengundi seperti 2018, tetapi setakat ini tiada tanda-tanda kebangkitan yang ketara.

Bagaimanapun, keadaan boleh berubah dalam beberapa minggu akan datang.

Umno perlu bersaing dengan Bersatu yang menerajui Perikatan Nasional (PN), selain PAS serta Gerakan Tanah Air yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad, selain PKR dan Amanah untuk undi Melayu-Islam.

Bekas timbalan presiden Umno Musa Hitam melahirkan kebimbangan bahawa Umno mungkin tidak dapat membentuk kerajaan selepas tersasar daripada semangat nasionalisme asalnya kepada materialisme dan pemimpinnya meletakkan kepentingan sendiri melebihi kepentingan rakyat.

PRU ke-15 juga akan menjadi yang pertama di mana hanya tiga negeri - Perak, Pahang dan Perlis - akan mengadakan pilihan raya peringkat negeri.

PH dan PAS telah memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya awal di negeri-negeri di bawah kawalan mereka, manakala Johor, Melaka dan Sabah sebelum ini sudah mengadakan pilihan raya negeri.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo