NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Situasi ketenteraan memuncak, orang awam perlu segera tinggalkan Kherson

Tentera Russia mengawal di wilayah Kherson susulan ketegangan yang semakin memuncak akibat kemaraan Ukraine untuk merampas kembali wilayah itu. - AGENSI

MOSCOW: Pihak berkuasa diwujudkan Russia di Kherson memaklumkan orang awam pada Sabtu supaya segera meninggalkan bandar Ukraine itu berikutan situasi ketenteraan yang semakin membimbangkan.

Ribuan orang awam sudah mula keluar sejak beberapa hari lalu merentasi Sungai Dnipro selepas amaran tindakan serangan Ukraine semakin memuncak untuk menakluki semula bandar terbabit.

Bagaimanapun, amaran pada Sabtu itu dikeluarkan pihak berkuasa mengambil kira perkembangan terkini yang semakin mendesak.

"Semua orang awam Kherson mesti segera meninggalkan bandar itu.

"Orang awam Kherson dan semua jabatan dan kementerian pentadbiran awam mesti menyeberang hari ini menuju ke kiri (timur) tebing Dnipro," kata satu kenyataan disiarkan melalui Telegram. 

Terdahulu, Russia memaklumkan pihak tenteranya berjaya menghalang cubaan Ukraine menembusi garis kawalannya di wilayah selatan Ukraine di Kherson, di mana orang awam dipindahkan susulan jangkaan serangan balas Ukraine yang lebih luas.

"Semua serangan dipatahkan, musuh ditolak kembali ke kedudukan awal mereka," kata Kementerian Pertahanan, sambil menambah serangan Ukraine dilancarkan ke arah penempatan Piatykhatky, Suhanove, Sablukivka dan Bezvodne, di sebelah barat sungai Dnipro.

Orang awam dari Kherson berhimpun sejurus tiba di stesen kereta api di Dzhankoi, Crimea semalam. - AP


Kementerian itu juga berkata, tentera Russia menangkis serangan di kawasan timur Luhansk dan Donetsk, namun Reuters tidak dapat mengesahkan laporan medan perang secara bebas.

Russia berada di bawah tekanan di Kherson kerana ia bersedia menghadapi kemaraan Ukraine yang berhasrat merampas kembali wilayah berkenaan.

Jumaat lalu, Ukraine menyatakan bahawa tentera Russia sudah mula menggerakkan unit dan peralatan dari barat ke tebing timur sungai Dnipro.

Kyiv juga mengenakan sekatan maklumat daripada barisan Kherson, namun komander Russia, Jeneral Sergei Surovikin berkata, minggu ini keadaan di Kherson 'sudah sedia sukar' dan Russia tidak menolak keputusan sukar di sana. - REUTERS




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo