NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa, untuk apa kejar jawatan dalam kerajaan?


DEKAT musim mengundi ni, teringat akan kenyataan dari Presiden PAS ini. 

Masa itu wartawan tanya Ayah Chik mengenai khabar angin Perdana Menteri nak lantik Ayah Chik jadi Timbalan Perdana Menteri. Ayah Chik jawab itu terpulang kepada Perdana Menteri. 

Dan Ayah Chik sebut dengan jelas: “kalau saya tak dipilih pun tak apa. Saya balik jadi nelayan pun tak apa. Tak jadi masalah.

“Saya nak bekerja untuk negara. Yang mencalonkan saya itu, rakyat.

“Ada orang syok kalau orang mencalonkan dia. Saya tak syok orang calonkan saya”. 

Ini Presiden PAS tuan-tuan. Masa itu PAS ni parti komponen dalam Kerajaan Pusat. Kalau ikut adat kebiasaan ahli politik lain, boleh sangat nak demand jawatan.

Tapi sifat PAS itu mencarik adat. Di saat parti lain diajar mengejar jawatan, merebut kuasa, pejuang PAS diajar habuan orang beriman bukan di dunia. 

Di dunia berkorban dan berjuang, di akhirat tempat bersenang-lenang. 

Saya yakin tuan-tuan masih ingat kata-kata Presiden Umno baru-baru ini.

Dengan muka tidak malu, isytihar kepada dunia bahawa Umno mesti menang PRU15 sebab nak elak pimpinan-pimpinan Barisan Nasional dari didakwa di mahkamah.

Kena ada kuasa, kena ada jawatan. Kena guna kuasa, kena guna jawatan. Selamatkan tengkuk masing-masing.

Jauh beza tuan-tuan. Jauh beza kenyataan Presiden PAS dan Presiden Umno dalam bab kuasa.

Saya juga yakin tuan-tuan masih ingat kata-kata Presiden PKR baru-baru ini. 

Dalam episod yang baru, musim yang baru, tetapi skrip dan jalan cerita yang sama. Dengan muka tak malu menawarkan diri sendiri menjadi Perdana Menteri Malaysia.  

Sayyidina Abu Bakar R.A yang mulia itu pun, selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, mencadangkan orang lain untuk menjadi khalifah yang pertama. Bukan menawarkan dirinya sendiri. 

Jauh beza tuan-tuan. Jauh beza kenyataan Presiden PAS dengan Presiden PKR dalam bab kuasa. 

Kadang-kadang, cukup dengan perhati benda-benda macam ini, kita nampak sifat sebenar seorang pemimpin. Dan kita nampak sifat perjuangan sebuah parti.

Ingatlah akan pesan junjungan kita Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Daripada Abi Said Abd Rahmah bin Samurah katanya: Baginda Nabi S.A.W telah menasihatiku dengan berkata: Wahai Abd Rahman bin Samurah, jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikan jawatan dengan sebab permintaan maka engkau akan ditinggalkan dan tidak akan dibantu oleh Allah dan jika engkau diberikan jawatan tanpa permintaan maka engkau akan dibantu dan mendapat pertolongan Allah dalam memimpin.”

Tanya hati masing-masing.

PAS berjuang untuk apa?

Umno berjuang untuk apa?

PKR berjuang untuk apa?

Selamat memilih dan mengundi. 

MUHAMMAD NABIL ZULKIFLI 
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY31/10/2022


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo