SULTAN Hassanal Bolkiah, 76, kini menjadi raja paling lama berkhidmat di dunia selepas kemangkatan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II pada Khamis lalu.
Baginda yang menaiki takhta pada tahun 1967 kini telah memerintah selama 54 tahun dan 339 hari sehingga Jumaat lalu. Ia empat tahun lebih lama daripada Ratu Margrethe II yang memerintah Denmark.
Ratu Margrethe II kini menduduki tempat kedua sebagai pemerintah diraja yang masih hidup paling lama memerintah.
Selain bergelar sultan, baginda juga menjadi Perdana Menteri sejak Brunei mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1984.
Sebagai Perdana Menteri, baginda juga memegang jawatan Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negeri dan Menteri Kewangan. Baginda turut menjadi Ketua Agama dan Islam adalah agama rasmi bagi negara itu. Pada 2014, baginda telah melaksanakan hukuman syariah Islam di negara itu.
Tidak seperti United Kindom, Sultan Hassanal berkuasa mutlak di Brunei. Di bawah perlembagaan negara 1959, baginda mempunyai kuasa eksekutif penuh termasuk kuasa kecemasan.
Berkenaan kehidupan peribadi baginda, Sultan Hassanal dilahirkan pada 15 Julai 1946. Baginda bersekolah di sekolah Juala Lumbar, dan seterusnya menghadiri Royal Academy Sandhurst di United Kingdom dan menamtkan pengajian pada tahun 1967.
Ayahandanya, Sultan Omar Ali Saifuddien III melepaskan takhta pada tahun 1967. Seterusnya, Sultan Hasanal sebagai pewaris menaiki takhta kesultanan tersebut pada 5 Oktober pada tahun sama.
Terdahulu, mendiang Ratu Elizabeth II merupakan pemerintah yang menjadi Ketua Negara paling lama berkhidmat di dunia dan majlis meraikan pemerintahan jubli telah diadakan pada tahun ini bersempena ulang tahun ke-70 pertabalannya pada awal tahun lalu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment