SEORANG pekerja pembinaan masih bernyawa walaupun kehilangan separuh badan dari bahagian pinggang ke bawah dalam kemalangan di tempat kerja.
Loren Schauers, kini 21, melalui perjalanan yang memeritkan untuk kembali pulih selepas tragedi yang berlaku pada September 2019.
Loren meletakkan kepercayaan pada pasukan perubatan untuk melaksanakan prosedur hemicorperectomy dan melakukan amputasi pada bahagian pinggang ke bawah demi menyelamatkan nyawanya.
Dalam kejadian itu, Loren dihempap forklift ketika dia sedang bekerja di dalamnya.
Segalanya bermula apabila forklift yang dipandu Loren terjatuh 50 kaki dari jambatan kerana berada terlampau hampir dengan sisi jambatan ekoran kesesakan trafik.
Insiden malang itu sekaligus menghancurkan tangannya dan bahagian bawah badan.
Kini selepas tiga tahun tragedi itu berlaku, Loren berkongsi gambar ngeri memaparkan jentera yang dikendalikan menghempap tubuhnya.
Menurut Loren, dia masih merasai kesakitan ‘phantom’ seolah-olah anggota badannya yang dihempap forklift itu 'bersambung' dengan dirinya.
Isteri Loren, Sabia Reiche, 23, setia di sisi ketika dia menghadapi pelbagai masalah kesihatan dan komited membantunya dalam menjalani kehidupan harian.
Oleh kerana pergerakan Loren yang terbatas, dia memerlukan bantuan untuk mandi dan menukar beg stoma.
Loren mempunyai semangat kelangsungan hidup yang kuat sehingga dia sempat berpesan kepada keluarganya untuk menyelamatkan nyawanya dengan apa jua cara walaupun yang tinggal hanyalah seketul kepala.
Sebagai makluman, Loren mempunyai saluran YouTube khusus untuk menceritakan liku-liku kehidupannya selepas insiden terbabit. - Mirror
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment