NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selamat datang ke kluster mahkamah - Puad sindir Syed Saddiq, secara tak sengaja Puad akuai UMNO adalah kluster Mahkamah


Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengucapkan selamat datang kepada Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke "kluster mahkamah".

Dalam kenyataan sindiran yang dimuat naik di Facebooknya, Puad turut mempersoalkan sama ada bekas ketua Pemuda Bersatu itu akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), selepas mahkamah mengarahkannya membela diri berhubung empat pertuduhan jenayah yang dikaitkan dengan RM1.12 juta dana parti.


 

"Sudah tentu Syed Saddiq kata itu adalah pendakwaan terpilih oleh kerajaan Muhyiddin. Apakah dia akan bertanding di PRU ke-15 ini atau membersihkan namanya terlebih dahulu?" soal Puad.

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa Syed Saddiq perlu membela diri atas empat pertuduhan jenayah yang dikaitkan dengan RM1.12 juta dana parti.

Ini selepas pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap penyandang parlimen Muar itu.

Syed Saddiq bagaimanapun berikrar untuk membersihkan namanya di mahkamah dan akan menyerahkan kepada rakyat kawasan parlimennya berhubung kempen parti itu bagi PRU15.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo