NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Selagi hidup, saya akan terus berjuang." - Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata, umur panjang memberi peluang kepadanya untuk terus berjuang dan baginya, tiada perjuangan yang lebih baik daripada demi agama, bangsa dan tanah air. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Meskipun dikritik banyak pihak kerana masih mahu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) ketika berusia 97 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap bertegas dengan pendirian itu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, umur panjang memberi peluang kepadanya untuk terus berjuang dan baginya, tiada perjuangan yang lebih baik daripada demi agama, bangsa dan tanah air.
Beliau percaya perjuangan itu juga adalah satu ibadat seperti mana yang dilakukan di masjid mahupun ibadat lain.
“Saya percaya perjuangan itu satu ibadah dan tidak ada persaraan apabila melaksanakan ibadah. Ini termasuklah meneruskan perjuangan.
“Sebagai pemimpin, saya tidak boleh duduk mengarah dan menyuruh orang melakukan sesuatu tanpa saya sendiri turut melakukannya.
“Jika saya mahu orang lain berjuang menentang kleptokrat dan penyamun-penyamun Negara, saya mesti turut serta,” katanya menerusi tulisan dan video yang disiarkan di laman Twitter rasmi beliau pada Khamis.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu mengumumkan beliau sedia mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi mewakili GTA dalam PRU15.
Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata, GTA belum memutuskan untuk mencalonkan beliau sebagai calon Perdana Menteri.
Sebaliknya, perkara itu, kata Dr Mahathir, hanya akan ditentukan sekiranya GTA berjaya membentuk majoriti selepas PRU15.
Dalam PRU14 pada 2018, Dr Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan meraih 18, 954 undi.
Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Nawawi Ahmad yang memperoleh 10,061 undi.
Turut kecundang calon Pas, Zubir Ahmad yang sekadar memperoleh 5,512 undi.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo