PETALING JAYA: Gerakan Tanah Air melihat “sedikit respons positif” daripada Perikatan Nasional berhubung kerjasama politik menghadapi PRU15, kata timbalan pengerusi penaja GTA, Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata pihaknya “sudah mengadakan perbincangan” dengan gabungan politik tertentu, untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan atau tidak.
Katanya, antara bentuk kerjasama yang diinginkan GTA adalah pakatan untuk mengelak pertindihan calon di sesuatu kerusi.
“Kita tidak kisah sangat dengan mana satu (PN atau Pakatan Harapan), tapi setakat ini saya ingat adalah sedikit respons positif daripada PN,” katanya, menurut laporan Bernama.
GTA merangkumi Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), and Parti Ikatan India Muslim Nasional (Iman).
Sementara itu, Mukhriz berkata GTA mempunyai jentera mencukupi untuk menghaadapi PRU15, walaupun tidak sebesar gabungan lain.
GTA juga mensasarkan 10 kerusi Parlimen luar bandar di Kedah, yang kebanyakan kawasan kuat Umno dan PAS.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment