Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Foto BERNAMA |
PETALING JAYA: Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membuat pengumuman Rabu ini sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar atau sebaliknya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu, berkata beliau menghormati institusi kehakiman dan kini diberi ruang untuk membela diri.
"Status saya, nantikan pengumuman pada Rabu ini. Apa yang penting saya menghormati institusi kehakiman.
"Malah saya sudah menyarankan kepada semua penyokong MUDA supaya turut menghormati institusi kehakiman negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan pelbagai pihak supaya tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana sedang berdepan pertuduhan kes mahkamah.
Berita lanjut menyusul
Sumber I Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment