NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya tidak setuju politik anak-beranak' - Nazri


KUALA LUMPUR:
Dalam sistem demokrasi, seseorang pemimpin dipilih oleh ahli akar umbi yang sangat setia dengan perjuangan parti yang disertainya.

Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, adalah tidak adil untuk beliau menentukan siapa yang bakal menggantikannya.

Mohamed Nazri juga menjelaskan, beliau juga tidak bersetuju dengan cara memilih anak sendiri untuk menggantikan dirinya.

Jelas beliau, sistem dinasti seperti dilakukan oleh ahli-ahli politik lain bukan menjadi pilihannya dan sangat tidak bersetuju dengan cara tersebut.

"Saya tidak setuju dengan sistem dinasti kerana kita kena ingat, dalam demokrasi kita dipilih oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi.

"Untuk kita tunjuk, walaupun bukan anak saya, untuk kita mahu tunjuk orang itu atau orang ini, saya rasa saya tidak berlaku adil kepada penyokong-penyokong saya.

"Mereka hendaklah diberi peluang sepenuh-penuhnya untuk bekerja menjadi pemimpin," katanya kepada Astro AWANI.

Mohamed Nazri juga menjelaskan, pengalamannya dalam politik membuatkan beliau berasakan adalah tidak adil untuk memaksa anak-anaknya terlibat dalam bidang tersebut.

"Saya melalui politik telah lama dan ia bukan satu kehidupan yang senang, bukan mudah... jadi saya tidak mahu ia dipaksa terhadap anak-anak saya untuk melalui apa yang saya lalui.

"Kalau dia mahu masuk politik, itu pilihan dia dan saya tidak akan tunjuk kerana ini akan mengkhianati ahli-ahli saya yang lain.

"Saya memang tidak setuju cara 'bila mahu berhenti nak bagi kepada anak', saya rasa ini satu sistem yang tidak baik.

"Saya tidak mahu mengaitkan dengan mana-mana ahli politik lain, siapa sekali pun saya beranggapan, tidak elok kerana kita tidak memberi kebebasan kepada orang di bawah untuk mengganti kita.

"Kita paksa mereka untuk pilih anak kita lah, kroni kita lah... itu bukan demokrasi. Saya memang tidak bersetuju politik anak-beranak," katanya lagi.

Mohamed Nazri mengumumkan tidak akan bertanding akan mempertahankan kerusi parlimen Padang Rengas yang disandangnya sejak 2004.

Namun, biarpun tidak lagi bertanding, Mohamed Nazri berikrar akan memastikan kerusi Parlimen Padang Rengas kekal di bawah UMNO dan Barisan Nasional (BN).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo