NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya Janji Akan Tanam Muslim Yang Ganggu Kita – Pegawai Polis India



UTTAR PRADESH,
16 Oktober 2022 – “Saya janji, saya akan timbus mereka yang timbulkan isu dalam perhimpunan agama ini,” ikrar seorang pegawai polis Hindu dalam sebuah video viral.

Menurut kolumnis CJ Werleman, ikrar untuk melakukan keganasan terhadap umat Islam itu dilakukan pegawai polis tersebut di hadapan puak Hindu di Uttar Pradesh, India.

“Seorang pegawai polis India menjanjikan keganasan terhadap umat Islam di hadapan orang ramai Hindu di Uttar Pradesh yang diperintah BJP,” ciap beliau.

Dalam video yang dikongsikan kolumnis itu, pegawai polis itu turut berikrar untuk merobohkan rumah Muslim dan memukul setiap orang Islam seorang demi seorang.

Ikrar dan janjinya itu disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan memuja Dewa Rama, “Jai Shree Ram”.

Media India melaporkan, pegawai yang tidak dikenali itu menyatakan kenyataan sedemikian selepas berlaku pertempuran antara orang Islam dan Hindu pada hari Isnin di kawasan Baldirai di Sultanpur Uttar Pradesh.

Pergaduhan tercetus selepas penduduk Muslim di kawasan tersebut meminta puak Hindu yang melakukan himpunan memuja dewa, Durga Puja di kawasan masjid untuk memperlahankan bunyi muzik sewaktu azan dilaungkan.

Walau bagaimanapun, permintaan itu tidak dilayan oleh mereka. Bukan itu sahaja, puak Hindu tersebut juga mengayunkan pedang dan kayu ke dalam masjid, malah turut merosakkan dan membakar masjid.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo