RIYADH, 20 Oktober 2022 – Arab Saudi telah membebaskan seorang pegawai gerakan pejuang Palestin, Hamas, Mohamed Al-Khodari selepas tiga tahun ditahan kerajaan itu.
Izzat Al-Rishq, anggota biro politik gerakan tersebut berkata, “Pihak berkuasa Saudi telah membebaskan bekas wakil Hamas, Mohamed Al-Khodari, dan beliau kini berada dalam pesawat menuju ke Amman (ibu kota Jordan).”
Beliau turut memuat naik sekeping gambarnya bersama Al-Khodari semasa panggilan video di laman Twitter.
Ujarnya dalam ciapan itu, “Saudara Al-Khodari berada di dalam pesawat, dan semangatnya tinggi. Satu-satunya harapan dan doanya ialah agar saudara-saudaranya yang lain yang ditahan akan dibebaskan.”
Pembebasan Al-Khodari datang hasil usaha Hamas dan ketua biro politiknya, Ismail Haniyeh sejak beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin Hamas dijangka pergi ke Jordan untuk menerima Al-Khodari dan menyelesaikan prosedur dengan pihak berkuasa negara tersebut.
Sebelum ini, Al-Khodari telah menetap selama hampir 30 tahun dan bekerja sebagai wakil Hamas di kerajaan Arab Saudi dengan pengetahuan penuh pihak berkuasa serta persetujuan daripada mendiang Raja Arab Saudi kelima, Raja Fahad.
Pada 8 Mac 2020, beliau dan anak lelakinya, Hani telah didakwa menyertai kumpulan pengganas sebagai sebahagian daripada perbicaraan kolektif terhadap 68 individu yang dituduh menganggotai pergerakan Hamas. Al-Khodari juga dituduh memegang beberapa jawatan kepimpinan dalam pergerakan tersebut.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment