NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salmonella dikesan, Singapura tarik balik telur Malaysia


PETALING JAYA:
Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan telur yang diimport dari Malaysia ditarik balik susulan pengesanan bakteria Salmonella Enteritidis (SE).

Katanya, penarikan itu sedang dilakukan dan hanya membabitkan telur dari satu pembekal, Ladang 1 Teo Seng Layer, yang kini digantung daripada mengeksport telurnya ke Singapura.

“Disebabkan SE boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan jika makanan dimakan mentah atau kurang masak, SFA mengarahkan semua enam pengimport menahan atau menarik balik telur terjejas.

“Khususnya BH Fresh Food Pte Ltd sudah diarah menarik balik telur terjejas yang diedarkan ke premis runcit untuk dijual sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya dalam kenyataan semalam.

Agensi itu berkata, lima pengimport lain diminta menahan pengedaran telur terjejas itu.

Telur yang terjejas itu boleh dikenal pasti dengan cap “CEJ027” pada telur.

“SFA akan membatalkan penggantungan ladang itu hanya selepas ia menangani isu pencemaran SE.”

Minggu lalu, SFA melanjutkan penarikan balik dua produk tambahan Mie Sedaap dari Indonesia akibat kehadiran etilena oksida.

Agensi itu berkata, ia sudah mengarahkan Arklife Distributors Pte Ltd menarik balik mi segera perisa soto dan kari jenama Mie Sedaap.

Sebelum itu, SFA mengarahkan Sheng Sheng F&B Industries Pte Ltd menarik balik mi segera Sup Pedas Korea dan Ayam Pedas Korea jenama Mie Sedaap akibat kehadiran bahan itu.

Pihak berkuasa kesihatan Malaysia berkata, kumpulan mi segera yang dijual di Singapura tidak diimport ke Malaysia. Kumpulan yang dijual di Malaysia berbeza daripada Singapura, kata pegawai Kementerian Kesihatan.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo