NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Russia lancar 36 roket ke Ukraine dalam serangan semalaman - Zelensky

Anggota bomba memadamkan api di fasiliti tenaga yang rosak akibat serangan roket Russia ke atas Ukraine. - REUTERS

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, mendakwa Russia melancarkan 36 roket dalam serangan besar-besarannya ke atas negara itu sepanjang malam.

Susulan itu, beliau menyifatkan tindakan Russia itu bukan sekadar keji, malah bersifat pengganas.

"Penyerang terus mengganas terhadap negara kita. Pada waktu malam, musuh melancarkan serangan besar-besaran: 36 roket, kebanyakannya ditembak jatuh. 

"Ini adalah serangan keji pada objek kritikal. Taktik biasa pengganas," katanya melalui media sosial.

Zelensky berkata, tindakan Russia itu menyusul selepas laporan serangan ke atas infrastruktur tenaga yang menyebabkan bekalan elektrik terputus di serata negara.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Presiden Ukraine, Kyrylo Tymoshenko, memaklumkan lebih sejuta isi rumah di Ukraine dilapor terputus bekalan elektrik berikutan serangan Russia ke atas kemudahan tenaga di seluruh negara.

"Setakat ini, 672,000 pelanggan terputus bekalan di wilayah Khmelnytskyi, diikuti 188,400 di wilayah Mykolaiv, Volyn (102,000), Cherkasy (242,000), Rivne (174,790), Kirovograd (61,913) dan Odessa (10,500)," katanya melalui media sosial.


Sumber I BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo