NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rina ke Sepang? Bersatu sahkan wanita tempatan antara calon dipertimbang


PETALING JAYA:
Ketua Bersatu Sepang Suhaimi Ghazali mengesahkan seorang wanita tempatan yang memegang jawatan dalam bahagian itu antara tiga nama dipertimbang sebagai calon Parlimen kawasan berkenaan.

Kenyataan Suhaimi seperti dilapor Berita Harian itu seolah-olah mengesahkan spekulasi Ketua Wanita Bersatu Rina Harun bakal berpindah dari Titiwangsa ke Sepang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu adalah anak tempatan dan pernah memegang jawatan ketua Puteri Umno Sepang sebelum menyertai Bersatu.

Beliau kini adalah ketua Wanita Bersatu Sepang.

Suhaimi berkata, keputusan memilih calon diserahkan kepada pucuk pimpinan dan pihaknya sudah menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan.

“Keputusan memilih calon biarlah pucuk pimpinan tentukan. Saya tiada kuasa untuk umum siapa yang layak bertanding,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2018, Rina yang mewakili Pakatan Harapan menang di Parlimen Titiwangsa menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Dalam laporan sama, Rina menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan kerusi bakal ditandinginya PRU15 meskipun beliau adalah anak tempatan Parlimen Sepang.

“Saya serah kepada kepimpinan parti namun sebagai ketua Wanita Sepang dan ‘caretaker’ menteri pembangunan dan keluarga masyarakat saya perlu jalankan amanah,” katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo