Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah kerajaan yang diberi mandat sepatutnya mementingkan nasib rakyat berbanding jawatan. - Gambar fail/BERNAMA |
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) menyindir Barisan Nasional (BN) yang mahu melantik wakil Sabah sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Perdana Menteri, jika parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah kerajaan yang diberi mandat sepatutnya mementingkan nasib rakyat berbanding jawatan.
“Ooo… rakyat Sabah makan tak cukup, sebab tiada kerja, ada yang susah… apa peduli tentang TPM?
“Lepas itu semua bersorak (dengar cadangan tersebut). Apa ini?” soalnya ketika berucap pada program Jelajah Pakatan Harapan di sini, malam ini.
Jelas Anwar yang juga Presiden PKR, berkata PH sejak 2008 lagi telah menyuarakan cadangan untuk mewakili rakyat Sabah dan Sarawak melalui pelantikan TPM.
“Tetapi itu bukan isu besar bagi saya. Isu besar ini ialah isu rakyat Sabah dan Sarawak.
“Merdeka 60 tahun tetapi (isu) api dan air pun belum selesai, betul tak?” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Anwar berkata sebagai sebuah negara yang merdeka, rakyat sepatutnya memiliki taraf kehidupan yang lebih baik termasuk pendidikan yang bermutu.
Dalam masa yang sama, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, PRU15 akan dijadikan sebagai platform untuk mengubah landskap politik lama.
Katanya, persepsi untuk menolak parti atau calon luar di satu-satu kawasan perlu dihapuskan, selain membezakan bangsa atau agama.
“Pemimpin baik di Semenanjung dan Sabah, kita tak mahu orang luar (bertanding).
“Saya orang luar? Saya orang Malaysia. Saya kasih kepada anak Perak, anak Selangor, Sabah, orang asal sebagai di bawah tanggungjawab kita (kerajaan).
“Saya bukan datang Sabah untuk minta balak atau kontrak,” tegasnya.
Sumber | Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment