NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Rakyat bijak nilai mana intan atau kaca’, kata Zahid mengenai Tawfik


BAGAN DATUK:
Presiden Umno Ahmad Zahid berkata beliau yang sentiasa mendukung amalan demokrasi berparlimen mengalu-alukan mana-mana individu berhasrat bertanding di Parlimen Bagan Datuk pada PRU15.

“Negara kita mengamalkan demokrasi dan semua ahli politik mendukung perkara itu, saya jemput sesiapa jua yang layak untuk bertanding di sini.

“Jika Mohamed Tawfik (Ismail) mahu ke Bagan Datuk maka saya persilakan kerana pada akhirnya rakyat yang akan membuat keputusan dan sudah pasti mereka bijak untuk menilai yang mana intan ataupun kaca,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan mesyuarat Umno Bahagian Bagan Datuk.

Zahid menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk selama enam penggal sejak 1996.

Sebelum ini, media melaporkan anak bekas timbalan perdana menteri Dr Ismail Abdul Rahman itu sedia menentang Zahid di mana saja pengerusi BN itu bertanding termasuk di Bagan Datuk.

Tawfik yang merupakan pengasas Gerak Independent pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut di Johor dari 1986 hingga 1990.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo