NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Radzi Jidin bukan ancaman...' - Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) melihat Datuk Dr Radzi Jidin tidak menjadi ancaman kepada BN di Parlimen Putrajaya.

PUTRAJAYA: Strategi Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak menjadi ancaman kepada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Putrajaya yang juga penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata BN sentiasa bersiap sedia menerima kehadiran mana-mana parti dan calon yang mahu bertanding di sini. 

"Kita terbuka dan mengalu-alukan siapa sahaja yang nak bertanding di sini atas semangat demokrasi. BN tak gentar dan yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya kerana kita bukan hanya muncul ketika pilihan raya," katanya.

Beliau yang menyandang kerusi Parlimen Putrajaya selama empat penggal, berkata demikian ketika pemberita pada Program Generasi Anak Muda yang dihadiri kira-kira 7,000 penduduk sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Presint 16, di sini malam ini.

Tengku Adnan menyampaikan ucapan kepada penduduk yang hadir pada Program Generasi Anak Muda di Presint 16, Putrajaya, malam ini. - NSTP/Samadi Ahmad.


Rabu lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Radzi yang juga Ahli Dewan Negara dicalonkan BERSATU untuk membawa cabaran Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Putrajaya.

Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya turut memaklumkan, setakat ini hanya beliau dinamakan sebagai calon BN bag kerusi berkenaan, namun menyerahkan keputusan akhir kepada pucuk pimpinan parti.

"Saya bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya dicalonkan semula dan berserah kepada kepemimpinan tertinggi parti untuk buat keputusan. Secara keseluruhan, tahap kesediaan jentera BN di tujuh Peti Daerah Mengundi (PDM) sudah siap bagi menghadapi PRU15," katanya.


Sumber I BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo