NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putin luluskan perjanjian aneksasi 4 wilayah Ukraine

Putin menandatangani perjanjian pada Jumaat lalu dengan pihak berkuasa di wilayah itu berikutan "pungutan suara" yang diadakan pada 23 hingga 27 Sept. - Fail/AP

ANKARA: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai "penerimaan" wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke dalam Persekutuan Rusia.
Beliau juga menandatangani undang-undang perlembagaan persekutuan mengenai kemasukan empat wilayah itu ke dalam Rusia, lapor Agensi Anadolu.

Pada Selasa, parlimen Rusia telah meratifikasi perjanjian mengenai pengilhakan wilayah Ukraine.

Putin menandatangani perjanjian pada Jumaat lalu dengan pihak berkuasa di wilayah itu berikutan "pungutan suara" yang diadakan pada 23 hingga 27 Sept.
Undian dibuat lebih tujuh bulan selepas konflik Rusia-Ukraine bermula pada 24 Feb.
"Referendum" berkenaan menerima kecaman masyarakat antarabangsa, dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menggelarnya sebagai "palsu" dan menegaskan mereka tidak akan mengiktiraf usaha itu.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata keputusan Putin untuk menggabungkan empat wilayah itu sebagai tidak sah.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo