SIAP , PAHAT
MASEH
BERBUNYI LAGI
pepatah lama ini maseh digunakan sehingga kehari ini
2.
Isu Terumbu Karang atau Middle Rocks yang diberikan haknya
kepada Malaysia dan Tubir Selatan atau South Ledge yang
diputuskan dibangunkan bersama , Malaysia dan Singapura oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau International Court of
Justice ( ICJ ) tidak di sentuh dalam artikel ini lagi pun
Kerajaan sendiri memilih untuk berdiam diri
3.
Pasukan Khas Pulau Batu Puteh yang diketuai oleh Apandi Ali
membuat kesimpulan KONON NYA Tun Dr. Mahathir selaku Perdana
Menteri kali ke2 telah 'CUAI' apabila Kerajaan PH pada masa itu
enggan memohon 'Semakan Semula' atau 'Review' kes tersebut
4.
Samada Tun sebagai Perdana Menteri seorang sahaja yang
dipertanggung jawabkan atau Kabinet pada masa itu dituduh sedangkan
ia adalah 'Collective Responsibility'
5.
Samada Kerajaan Ismail Sabri mempunyai hak menyuntuh perkara
tersebut secara umum menjelang PRU yang akan datang , itu
terserahlah kepada para peguam memberi pandapat masing - masing
6. Disertakan pendapat Peguam Hanif Khatri berhubung isu tersebut sebagai panduan kita bersama
7.
Oleh kerana isu ini telah dibangkitkan oleh Sultan Johor ketika
meresmikan Sidang Dewan Negeri Johor , maka tidak salah rakyat
tahu siapa sebenarnya yang bertanggung jawab 'MENGADAIKAN'
Pulau Batu Puteh atau lebih dikenali di Peringkat Antarabangsa
sebagai Pedra Branca kepada Singapura
8.
Realitinya pada 21hb September 1953 Dato M Seth Saaid ,
Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor atau Acting State
Secretary Johor menghantar surat kepada Setiausaha Koloni ,
Singapura atau Colonial Secretary , Singapore menyatakan :
'this is to inform you, the Johore Government DOES NOT CLAIM the ownership of Pedra Branca'
dalam Bahasa Melayu atau bahasa 'Bangsa Johor' :
'adalah dimaklumkan Kerajaan Johor TIDAK MENUNTUT kepunyaan Pedra Branca'
9.
APA MAKSUD ISI KANDUNGAN SURAT TERSEBUT , DAN BERANIKAH
PEMANGKU SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR MENGELUARKAN SURAT
TERSEBUT TANPA PERSETUJUAAN SULTAN TERLEBIH DAHULU
10.
Sultan Johor dan Seluruh Daerah TERMASUK Pulau Batu Puteh
ketika itu ialah Sir Ibrahim bin Abu Bakar ; salah seorang
isteri tersayang beliau ialah Lady Marcella seorang rakyat biasa
Inggeris
11. Sebab utama Malaysia GAGAL
memiliki Pulau tersebut yang luasnya sebesar padang bola , apabila
Singapura mengemukakan surat asal tersebut
12. Pada tahun 1851 Kerajaan Inggeris telah membina Rumah Api atau Light House disana yang dinamakan Rumah Api Horsburg
13.
Perlu dinyatakan SEBELUM Perbicaraan di The Hague kedua - dua
negara , Malaysia dan Singapura BERJANJI menerima sebarang
keputusan TANPA membangkitkan nya lagi
14. Bukan kah kita kaya dan berbangga dengan berbagai pepatah tetapi kita lupa ?
KERBAU DIPEGANG PADA TALINYA
MANUSIA DIPEGANG
PADA JANJINYA
15.
Janji yang diucap MISTI LAH dikotakan kerana harga diri
sesaorang itu terletak pada janji nya lagi pun janji yang ditepati
ada lah kunci KEPERCAYAAN DAN PENGHORMATAN kepada yang
menunaikan nya
16. Kadang - kadang terfikir
apakah Sultan Johor sekarang yang membangkitkan isu tersebut
sedar atau tidak perbuatan beliau boleh membuat rakyat khas nya
'Bangsa Johor' mencungkil semula sejarah
17.
Apakah beliau sudah lupa sejarah atau tak tahu cerita sebenar
yang dilakukan oleh moyang beliau yang kebetulan punyai nama
serupa ; beza nya Sultan Ibrahim dahulu di beri gelaran 'SIR'
dihadapan nama beliau yang bertanggung jawab menyerahkan Pulau
tersebut kepada Singapura
18. Umum yakin
motif utama beliau membangkitkan isu ini semula ialah bagi
'mengenakan' Tun kerana mungkin 'membalas dendam' keenganan Tun
menyembah dan mencium tangan beliau seperti yang dilakukan orang
lain atau /dan isu Pindaan Perlembagaan
19.
Perlembagaan TERPAKSA di pinda ketika itu kerana berbagai KEKEJAMAN
dilakukan oleh bapa Sultan sekarang TERMASUK menembak mati dan
mencederakan rakyat yang tidak dapat mempertahankan diri
20.
Zahid Hamidi pula beria sangat mahukan Ismail Sabri Yaakub
membuat pengistiraan berhubung keputusan Pasukan Khas Batu Puteh
yang TIDAK BERLAKU ADIL
21. Mungkin Zahid
didorong dengan sogokan beberapa biji motosikal yang pernah
dihadiahkan kepadanya oleh Sultan Johor , lagi pun ini lah masa
yang tepat 'membayar hutang' dan dalam masa sama beliau mendapat
galakan dari sesaorang menyekat kemaraan Tun
22. Jalankan lah siasatan se adil nya kerana kita semua TIDAK AKAN TERLEPAS DI AKHIRAT kelak
23. Jika Tun benar - benar 'lalai' maka hukum lah beliau
24.
Jika moyang Ibrahim , Sir Ibrahim Abu Bakar salah MENYERAHKAN
Pulau tersebut kepada Singapura , maka Parlimen PERLU
mengisthiarkan Sir Ibrahim ada lah seorang PENGKHIANAT atau
TRAITOR yang memalukan Negara , Negeri dan 'Bangsa Johor'
25. Jangan cepat menuding jari kerana akibatnya bab kata pepatah :
TERLAJAK PERAHU
BOLEH BERUNDUR
TERLAJAK KATA
BURUK PADAH NYA
26. Semoga kata - kata Megat Seri Rama , Laksamana Bentan dalam peristiwa berdarah
'Sultan Mahmud Mangkat Di Julang' tidak berulang lagi :
RAJA ADIL
RAJA DI SEMBAH
RAJA ZALIM
RAJA
DI SANGGAH
Wassalam
Terima Kasih
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment