NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PSM persoal kenapa PH ragui Jeyakumar untuk Sg Siput


PSM mempersoalkan keraguan Pakatan Harapan (PH) terhadap Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar untuk bertanding di parlimen Sungai Siput.

Timbalan pengerusi PSM S Arulchelvan membangkitkan perkara itu kerana menurutnya, Jeyakumar, penyandang dua penggal Sungai Siput adalah calon boleh menang dengan rekod prestasi berjaya menyingkirkan ahli politik berpengaruh Samy Vellu yang sebelum itu memegang kerusi berkenaan selama lapan penggal.

Selain itu, Arulchelvan berkata PSM menggesa PH mengadakan perbincangan mengenai pakatan pilihan raya dan membuat keputusan segera kerana calon kesuntukan masa untuk berkempen.

"Kelewatan itu hanya akan menguntungkan pihak lawannya," katanya.

Arulchelvan berkata parti itu belum mendengar khabar daripada PH berhubung kerjasama dengan PSM.

Malah, katanya, rundingan belum dimulakan dan masih tiada saluran perbincangan yang wajar.

“Pakatan itu boleh dipersetujui dengan pengecualian untuk pencalonan Jeyakumar.

“Kelewatan itu antara mereka (PH) kerana mereka tidak berbincang apa-apa dengan kami.

“Walaupun Jeyakumar tidak diberi kerusi, sekurang-kurangnya maklumkan kepada kami keputusan anda,” katanya sambil menambah penangguhan perbincangan hanya akan menyukarkan semua pihak.

Arulchelvan menjelaskan bahawa mereka digesa oleh ramai untuk bekerjasama dengan PH, "tetapi kami tidak mendesak untuk ini namun apa yang baik untuk rakyat adalah baik untuk kami."

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pengundian esok dan parti Muda yang pada mulanya mendekati PH untuk menyertai gabungannya sebagai parti komponen tetapi ditawarkan pakatan pilihan raya juga kini dilapor mempertimbangkan untuk bergerak solo.

Sumber Muda berkata, masih belum ada perbincangan rasmi mengenai rundingan kerusi antara Muda dan PH sehingga kini.

“PH harus fikir jika mereka mahu orang seperti Jeyakumar mewakili mereka pada pilihan raya ini kerana dia akan meningkatkan portfolio PH jika bertanding di sana di bawah panji PH.

“Sungai Siput bukanlah kerusi yang mudah untuk dimenangi kerana ia pernah disandang oleh presiden MIC pertama V. T Sambanthan, dan kemudian Samy Vellu.

"Ramai yang bertanding di sana termasuk P Patto (dari DAP) tewas, malah Jeyakumar sendiri tewas dalam dua percubaan pertamanya," kata Arulchelvan.

Arulchelvan berkata walaupun Sungai Siput merupakan kerusi yang disandang PH yang dimenangi pada 2018, ia berikutan gelombang umum pada PRU ke-14 yang memihak kepada pembangkang.

Jelasnya, Jeyakumar mempunyai pengalaman bertahun-tahun bekerja dengan masyarakat di Sungai Siput sejak zaman menjadi pelajar pada 1977.

"Kami tidak bercakap dengan calon penyandang Kesavan Subramaniam kerana kami telah berkomunikasi melalui saluran rasmi, tetapi Kesavan sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa dia akan menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan," jelasnya.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo