Vigneswaran berkata, semua senarai itu telah diluluskan di peringkat parti. - Gambar fail |
SUNGAI SIPUT: MIC telah memuktamadkan senarai calon mereka di peringkat parti, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Senarai itu telah diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk diputuskan.
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, semua senarai itu telah diluluskan di peringkat parti.
Katanya, MIC juga berharap pucuk pimpinan BN akan meluluskan permohonan parti itu untuk menambah kerusi ditandingi pada PRU kali ini.
"Kita harap ia akan diterima oleh pucuk pimpinan BN. Kita ini dah berpengalaman, dari segi permintaan ini... untuk merebut kerusi tambahan.
"Kita nak minta kerusi yang kita boleh menang untuk BN, dan juga tidak membazir duit dan juga untuk memastikan (kemenangan) kerusi-kerusi kerusi tradisi yang akan memberi kemenangan," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di Sungai Siput pada Selasa.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Vigneswaran dalam pada itu berkata, MIC lebih realistik dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi pada PRU15.
Katanya, parti itu tidak akan sewenang-wenangnya meminta lebih kerusi untuk ditandingi jika tidak ada potensi menang.
Sumber I Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment