NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: "Jangan ada lagi 'perompak', itu punca Malaysia bermasalah" - Pengundi

Rata-rata penduduk yang ditemui Astro AWANI, keadaan ekonomi ketika ini sememangnya memberi tekanan kepada rakyat. - Foto Astro AWANI

SKUDAI: Negara perlu bebas daripada isu salah guna kuasa bagi memastikan pentadbiran kerajaan berjalan lancar tanpa sebarang ketirisan yang berlaku.
Tinjauan Astro AWANI bersama dengan masyrakat Cina di Skudai, Johor menyatakan perkara itu perlu diberi tumpuan selain mengharapkan kerajaan yang bakal dibentuk mampu untuk fokus kepada isu rakyat.
Menurut Tan Sock Guat, pihaknya berpendapat sebahagian besar rakyat sememangnya mahukan kerajaan yang bersih dan stabil untuk mengemudi negara.
Bahkan kerajaan juga katanya perlu mengutamakan rakyat yang amat memerlukan bantuan khususnya ketika berdepan detik sukar.
“Malaysia mesti mahu aman tak kira apa bangsa sekali pun mesti mahu perkara yang sama, kita jangan lagi ada 'perompak' itulah masalah besar di Malaysia.
“Siapa yang tak mahu bantuan? Sekarang pun ramai orang yang masih susah, bila kita mohon bantuan pun susah dapat sebab ramai yang hanya cukup-cukup makan saja.
“(Kerana) ekonomi (lemah), (harga barang) pun terus naik sahaja, nak tengok dia turun pun memang susah,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Sementara itu, seorang pesara, Wong Chin Kuet berpendirian wujud dalam kalangan masyarakat itu yang masih terpinggir daripada perhatian kerajaan.
Ini termasuk soal bantuan kerajaan yang dikatakan tidak diperoleh secara sama rata.
“Setiap tahun kerajaan bagi kita bantuan pun sudah cukup, tetapi banyak orang cina memang tak dapat bantuan jadi kerajaan bila ada untung bagi la sedikit bantuan wang kepada rakyat.
“Setiap kali ada masalah pun kita datang pejabat susah nak jumpa orang kerajaan, sebab apa? Kita bukan orang ada pangkat,” katanya.
Dalam pada itu, bagi seorang lagi pesara, Tee Huat, keadaan ekonomi ketika ini sememangnya memberi tekanan kepada rakyat.
“Orang yang ada kerja pun sekarang susah, ada duit pun tidak cukup, semua keluar saja (duit) sebab harga barang semua mahal-mahal.
“Bila keadaan macam itu, memang tak boleh buat apa la, terpaksa ikut saja keadaan itu,” ujarnya.
Ditanya mengenai persiapan mengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebahagian daripada mereka telah pun menyatakan kesediaan untuk menunaikan tanggungjawab itu.
Namun ada yang mengakui proses demokrasi itu masih terlalu awal untuk difikirkan terutamanya apabila memikirkan bebanan mereka yang terpaksa ditempuhi ekoran tekanan daripada ekonomi.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo