NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: DUN Perak bubar


KUALA LUMPUR:
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi negeri ketiga dibubarkan selepas DUN Pahang dan DUN Perlis hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Maka sukacita saya memaklumkan kepada media pada hari ini bahawa saya telah menerima warkah pengisytiharan daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang membawa maksud bahawa baginda telah memberi perkenan Dewan Negeri Perak ke-14 dibubarkan berkuat kuasa mulai hari Isnin, 17 Oktober 2022,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Berita itu menyusul selepas pembubaran DUN Pahang sepertimana diumum Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan DUN Perlis oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada Jumaat.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Perak kini terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu).

Saarani yang juga Pengerusi BN Perak pertama kali menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Rabu bagi mempersembahkan hasrat pembubaran DUN sebelum dititahkan sekali lagi menghadap pada Jumaat.

Menurut Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pembubaran ketiga-tiga DUN adalah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo