NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: DAP Perlis mahu letak calon Melayu di DUN Mata Ayer


KANGAR: DAP Perlis berhasrat mempertaruhkan calon Melayu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Teh Seng Chuan, berkata pihaknya telah menghantar dua nama kepada DAP Pusat dan Pakatan Harapan (PH) untuk dipertimbangkan, namun bergantung kepada keputusan PH Pusat kelak.

"DAP Perlis telah menghantar nama seorang calon wanita yang juga seorang peguam dan seorang calon lelaki Melayu. Setakat ini, DAP Pusat hanya memutuskan untuk meletakkan calon bertanding di DUN Titi Tinggi," katanya.

Bercakap ketika ditemui pada program Jelajah Mega Harapan Negeri Perlis, di sini malam tadi, beliau juga menyatakan hasrat untuk bertanding sekali lagi di DUN Titi Tinggi pada PRU15.

Seng Chuan; calon PAS, Kamis Yub dan calon Bebas, Yaccob Man tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Teh Chai Ann yang memperoleh majoriti 142 undi bagi kerusi DUN Titi Tinggi pada PRU14.

Bagi kerusi DUN Mata Ayer, calon BN, Siti Berenee Yahaya menang dengan majoriti 720 undi pada PRU14 bagi mengalahkan calon PH-PKR, Lt Kol (B) Azhar Omar dan calon PAS, Mohammad Yahya.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi berdaftar di DUN Mata Ayer dan DUN Titi Tinggi hingga 9 Oktober 2022, masing-masing seramai 9,662 dan 13,403 pengundi. - BERNAMA




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo