NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Azalina teruskan perjuangan politik ibu, ayah sekiranya dicalonkan

Azalina menyifatkan pemergian ibunya yang masih dalam tempoh idah selepas kematian Othman sebagai sebuah cinta sejati. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said akan meneruskan perjuangan politik ibu dan ayahnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Ayah dan ibu saya kedua-duanya adalah orang UMNO dan Barisan Nasional. Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga ini.
"Jadi, insya-Allah semangat perjuangan mereka akan saya bawa seandainya saya dicalonkan dalam PRU15 akan datang," katanya ketika ditemui Bernama selepas selesai menghadiri pengebumian ibunya Datin Salamah Sheikh Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.
Allahyarham Salamah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi tadi selamat dikebumikan pada 2.20 petang.
Jenazah Allahyarham yang sebelumnya dimandikan dan dikafankan di IJN, telah disembahyangkan di Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya, Selangor selepas solat Zohor.
Pada 29 Julai lepas Azalina kehilangan ayahnya, Datuk Othman Said yang meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya kerana sakit tua.
Reda dengan kehilangan kedua-dua orang tuanya, Azalina menyifatkan pemergian ibunya yang masih dalam tempoh idah selepas kematian Othman sebagai sebuah cinta sejati.
"Memang saya sedih dengan kehilangan kedua-dua orang tua saya. Pemergian mereka dalam jarak tempoh yang dekat, tapi mungkin ini cinta sejati, rezeki mereka," katanya.
Selesai memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ibunya, Azalina turut menziarahi pusara ayahnya yang dikebumikan di tanah perkuburan sama.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo