NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU-15: KJ beri laluan Tok Mat di Parlimen Rembau

SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kesediaan Khairy Jamaluddin memberi laluan kepada beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebagai keputusan kekeluargaan.

Ketua UMNO Bahagian Rembau itu bersyukur atas keikhlasan timbalannya yang secara terbuka menyatakan kesediaan berkenaan dan sebagai balasan, pucuk pimpinan parti akan mengenal pasti kerusi yang sesuai buat Menteri Kesihatan itu.

"Itu semangat kekeluargaan dalam Rembau ini, kami ini beradat, beradat dalam terang. Alhamdullilah, kita pastikan jentera di sini (Rembau) akan dapat dipertingkatkan lagi. Jadi tak timbul lagi isu pasal kerusi Rembau ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Rembau, di sini hari ini, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) menegaskan, Khairy perlu bertanding pada PRU-15 untuk memastikan bakatnya tidak hilang begitu sahaja.

"Saya bersama pucuk pimpinan parti akan mengenal pasti kerusi yang sesuai (untuk Khairy). Sebagai pemimpin muda yang berkaliber dan baik untuk negara, Khairy perlu bertanding pada PRU-15 untuk memastikan bakat dimilikinya tidak hilang begitu sahaja.

"Khairy adalah pemimpin muda yang berkaliber dan sudah tentu kita tidak mahu bakatnya hilang begitu saja. Kita cuba cari tempat yang sesuai untuk beliau bertanding pada pilihan raya ini, insya-Allah," katanya.

Terdahulu, Khairy ketika menyampaikan ucapan pengulungan persidangan berkenaan, menyatakan kesediaannya untuk memberi laluan kepada Mohamad bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut memaklumkan sedia bertanding di mana-mana kerusi Parlimen yang ditetapkan pucuk pimpinan parti.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo