NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Produk Meluruskan Rambut Meningkatkan Risiko Kanser Rahim Pada Wanita


Kajian terkini yang diterbitkan oleh National Institutes of Health (NIH) minggu ini mendapati produk meluruskan rambut meningkatkan risiko kanser rahim pada wanita. Kajian melibatkan 33,497 peserta berusia antara 35-74 tahun di Amerika Syarikat.

Selepas 11 tahun data dikumpul, 378 peserta didapati menghidap kanser rahim. Persamaan yang ditemukan ialah mereka menggunakan produk meluruskan rambut lebih daripada empat kali setahun. Penyelidik menganggarkan 1.64% wanita yang tidak menggunakan produk meluruskan rambut terdedah kepada risiko kanser rahim tetapi meningkat ke 4.05% jika mereka tidak menggunakannya.

Sebelum ini NIH menerbitkan kajian produk meluruskan dan mewarnakan rambut meningkatkan risiko kanser payudara dan ovari pada wanita. Ini adalah kerana penggunaan bahan kimia parabens, bisphenol A, logam dan formaldehyde pada produk-produk tersebut.

Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal Journal of The National Cancer Institute.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo