NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis rampas cecair vape ‘perisa’ dadah RM3.4 juta, tahan 7 individu


KUALA LUMPUR:
Kegiatan sindiket mengedar dan memproses dadah dalam bentuk cecair vape bernilai RM3.4 juta terbongkar susulan penahanan tujuh individu termasuk seorang wanita warga asing dalam empat serbuan sekitar Lembah Klang, Khamis lalu.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata semua individu berusia 25 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 104.16 liter cecair ketamin, 27.56g syabu dan 160 biji pil yaba selain tiga kenderaan, wang tunai RM2,530 dan barang kemas bernilai RM3,077.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak awal tahun ini dengan modus operandinya mencampurkan cecair ketamin ke dalam perisa vape dan menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengedarkan dadah untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Noorsiah berkata, lima individu ditahan itu positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo, manakala enam daripadanya mempunyai rekod kesalahan dadah dan jenayah.

Menurutnya, semua individu termasuk wanita warga Indonesia itu direman lima hingga tujuh hari bermula semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo