NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN tak anggap beberapa nama yang diumum PKR bertanding di Perak sebagai calon heavyweight


ALOR SETAR:https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-tambun-bukan-pertembungan-peribadi-dengan-peja-anwar-388026https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-tambun-bukan-pertembungan-peribadi-dengan-peja-anwar-388026Perikatan Nasional (PN) tidak menganggap beberapa nama yang diumumkan oleh Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR untuk bertanding di kerusi Parlimen Perak sebagai calon 'heavyweight.'
Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata bagi PN, individu yang diumumkan hanya nama-nama biasa dan ia sedikitpun tidak mendatangkan kebimbangan kepada gabungan politik itu.
"Walaupun PKR anggap calon-calon yang diletakkan untuk bertanding di Perak itu sebagai 'heavyweight' tetapi pada kami, itu adalah nama biasa dan kami yakin dengan calon yang ada dalam kalangan kepimpinan PN di Perak.
"(Calon) Kami tidak ada kurangnya dan kami akan memperkenalkan manifesto negeri Perak untuk ditawarkan kepada seluruh rakyat Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas calon 'heavyweight' iaitu Nik Omar Nik Abdul Aziz yang akan bertanding di Parlimen Pasir Salak dan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Bagan Datuk pada PRU ke-15.
Ditanya mengenai keyakinan beliau berdepan calon Perdana Menteri PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PN Perak berkata Presiden PKR itu perlu menubuhkan kerajaan terlebih dahulu bagi membolehkannya menyandang jawatan tersebut.
"Apa-apa pun perlu berjaya tubuhkan kerajaan dahulu untuk jadi Perdana Menteri tetapi kalau dia harapkan kerjasama daripada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi Perdana Menteri, itu terpulang kepada dia.
"Pada saya, kami mengamalkan kerja secara berpasukan, tidak bawa seorang calon tetapi pasukan... pasukan Tambun yang akan menawarkan perkhidmatan kepada pengundi... Kita semua boleh bermimpi tapi biarlah mimpi yang pijak realiti ...tapi nampaknya dia memang harap kerjasama daripada parti lain untuk jadi Perdana Menteri," katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri Himpunan Jentera PN Kedah yang turut disertai Pengerusi PN negeri berkenaan iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Pada himpunan itu, Ahmad Faizal turut memaklumkan Bersatu akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen manakala PAS di lapan kerusi di Kedah.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo