NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM selesai menghadap Agong.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi.

Kenderaan Toyota Alphard putih yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira jam 4.45 petang tadi, selepas pertemuan hampir sejam dengan Yang di-Pertuan Agong.

Ismail Sabri sempat melambai kepada hampir 100 pengamal media yang berkampung di hadapan pintu utama Istana Negara seawal jam 7.30 pagi tadi.

Sesi Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini mendapat perhatian berikutan spekulasi beliau memohon pembubaran Parlimen daripada baginda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri dipercayai turut menyentuh mengenai Bajet 2023 dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, sebelum pembentangan di Dewan Rakyat petang esok.

Khabar angin mengatakan Perdana Menteri dijangka memohon perkenan baginda untuk pembubaran Parlimen tercetus susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Jumaat lalu yang membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan tahun ini.

Berdasarkan keputusan itu, banyak pihak berpandangan Parlimen perlu dibubar awal atau pertengahan bulan ini kerana PRU15 berisiko diadakan pada musim tengkujuh dan banjir jika ia dibubarkan lebih lewat dari tempoh itu.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di Pintu Utama Istana Negara dengan menaiki kenderaan Toyota Camry hitam untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 2.15 petang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo