NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Platform WhatsApp tergendala di seluruh dunia? Kini pulih seperti sedia kala

Adakah sistem pesanan ringkas WhatsApp sedang mengalami masalah? - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Aplikasi sistem pesanan ringkas, WhatsApp telah kembali pulih seperti sedia kala sekitar jam 4.45 petang, Selasa.
Terdahulu, platform WhatsApp dilaporkan mengalami masalah menyebabkan pengguna gagal untuk menerima dan menghantar mesej baharu sejak jam 3 petang Selasa.
Meskipun masih tiada kenyataan rasmi dari WhatsApp, rata-rata pengguna mula membuat aduan di laman Twitter mengenai masalah ini.
DI India, portal Hindustan Times turut melaporkan pengguna WhatsApp di negara itu juga sedang mengalami masalah yang sama.
Pengguna Twitter di Malaysia dicatatkan pada 3.35 juta daripada 29.5 juta pengguna sosial media di negara ini.
Setakat ini, tiada kepastian tentang masalah ini, namun, Astro AWANI akan memberikan perkembangan terkini berhubung isu berkenaan.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo